Saturday 7 May 2011

Petua!

Rambut Cantik
Gosok lendir daun lidah buaya pada kulit kepala hingga rata. Biarkan lebih kurang 5 jam, kemudian cuci hingga bersih.

Lebatkan Kening
Ambil lendir daun lidah buaya, sapu pada kening. Biarkan kering, kemudian cuci. InsyaAllah kening akan menjadi semakin lebat.

Menyembuh Luka
Jika lendir daun lidah buaya disapu pada luka, luka tersebut akan sembuh dengan lebih cepat.

Petua!

Merawat Panau.
Ambil dua ulas bawang putih, bakar selama 30 minit dan tumbuk lumat. Sapukan pada bahagian badan atau muka yang ada panau.

Menghilangkan Parut
Ambil sebiji kentang dan kukus hingga masak, kemudian lenyek halus dan tempelkan pada parut tersebut. Biarkan hingga kering. Amalkan sehingga kesan parut hilang.

Petua!

Memutihkan Gigi.
Campur sedikit garam halus pada ubat gigi yang digunakan setiap pagi. Selain dapat memutihkan gigi, kawan-kawan juga akan terhindar daripada penyakit gusi dan mulut.

Menghalau Lipas.
Letak beberapa helai daun pandan di tempat kegemaran lipas seperti laci, almari, dan ceruk dapur. InsyaAllah, lipas akan menghindar tempat tesebut.

Kenapa Badak Air Suka Berendam?

Pernahkan kamu lihat badak air? Badak air suka berendam dalam kolam dan kadang-kadang di dalam lumpur. Badan badak sentiasa dipenuhi dengan lumpur. Tahukah kamu kenapa badak air suka berendam? Percaya atau tidak badak air yang berbadan besar itu sebenarnya takut digigit serangga.

       Serangga seperti nyamuk, lalat, kutu dan pepijat suka menggigit kulit dan menghisap darah badak air. Gigitan serangga boleh menyebabkan seluruh badan badak air sakit dan gatal. Oleh itu, badak air merendamkan badannya di dalam lumpur untuk mengelak dirinya daripada digigit.

Menara Eiffel, Paris

Menara Eiffel ialah menara besi yang dibina di atas Champ de Mars bersebelahan Sungai Seine di Paris, Perancis. Menara Eiffel ialah bangunan yang menonjol di kota Paris dan dikenali di dunia sebagai simbol negara Perancis. Menara Eiffel dinamakan bersempena nama perancangnya , Gustave Eiffel. Jumlah ketinggian menara ini ialah 324m di mana bahagian paling atasnya terdiri daripada antena televisyen yang setinggi 24m.

Perdana Menteri Malaysia Pertama

Tunku Abdul Rahman Putra Al-haj dilahirkan pada 8 Februari 1903 di Alor Setar, Kedah. Digelar 'Bapa Kemerdekaan Tanah Melayu' dan 'Bapa Kemerdekaan Malaysia' kerana sumbangannya sebagai perintis dan pelapor kemerdekaan Tanah Melayu.

Friday 6 May 2011

Anak Kucing

Mengape orang suka dera kucing???Pukul kucing dengan batang penyapu??? Sian taw... Kalau tak suka kucing jangan pukul dia, jangan dera dia... Tak baik... (nasihat) Tengok lah gambar dua ekor anak kucing ni.. Comel kan??? So, plz jgn dera kucing atau apa jenis haiwan pun... (kecuali KATAK) euwww....

Nuthing.. X de pape yg menarik....

Hi... Bowink r... X dew spe nk jdi My Followers.... :'( bab bwu kan.. x pew la.. just wait... :)